ESEI FOTO | Kampung nelayan di Terminal Kukup Selatan di Tanjung Piai kaya dengan warisan sejarah.
Dibuka 140 tahun lalu, Kampung Nelayan Air Masin membangun sebagai pengeluar makanan berasaskan makanan laut.
Rumah-rumah dan bangunannya merentang dan terapung di atas laut.
Di masa lalu, kampung ini hanya boleh dilalui menggunakan sampan.
Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat jambatan sepanjang kira-kira 1km dibina. Bagaimanapun ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan besar seperti kereta.
Kampung Hokkien itu dihuni kira-kira 100 keluarga itu.
Kampung Nelayan Air Masin menghasilkan produk seperti belacan undang geragau.
Terdapat juga 70 kolam ikan yang yang mula diusahakan sejak 20 tahun lalu. Ikan-ikan ini dijual untuk restoran tempatan dan dieksport ke Singapura.