Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Foodpanda akan lawat hutan didakwa banyak sampah syarikat itu

Foodpanda hari ini mengumumkan akan melancarkan siasatan segera terhadap dakwaan banyak sampah syarikat itu di buang di kawasan hutan di Gombak, Selangor.

Syarikat penghantaran makanan itu berkata akan melawat tapak tersebut untuk melupuskan sampah Foodpanda.

Pagi tadi, Malaysiakini melaporkan ketidakpuasan hati penduduk setempat di sekitar Hospital Orang Asli di Jalan Gombak mengenai rasa tidak senang mereka kerana tapak hutan itu digunakan sebagai tempat pembuangan sampah walaupun banyak aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Isu itu dibangkitkan Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi Universiti Help, Andy Hickson baru-baru ini.

"Kami berhubung dengan Hickson, yang cukup baik bersetuju untuk menunjukkan kepada kami lokasi tepat supaya kami boleh mengeluarkan beg (Foodpanda) yang dibuang itu dengan segera

"Kami bekerjasama dengan pembekal untuk melupuskan beg penghantaran yang tidak boleh digunakan secara betul. Beg tersebut ditanggalkan, diasing-asingkan mengikut jenis bahan dan kemudian dihantar ke tempat kitar semula," kata pasukan Foodpanda dalam kenyataan bertulis kepada Malaysiakini tengah hari ini.

Foodpanda juga menyatakan kemampanan merupakan faktor penting dalam perniagaannya, menyebut pengguna boleh memilih untuk menolak menerima peralatan pisau-sudu-garpu plastik sekali guna dalam pesanan mereka.

Hickson seorang warga Britain namun menghabiskan usia remajanya bersama masyarakat Orang Asli Temiar di Kelantan.

Dia menemukan kawasan pembuangan sampah itu apabila sedang mendaki di kawasan terbabit.

“Saya selalu berasa terkejut apabila melihat pencemaran sampah-sarap pada skala industri. Saya terganggu melihat sisa yang terang-terangan bukan sisa domestik, dibuang di dalam hutan.

“Semasa mengambil gambar sampah-sarap itu, saya perasan ada banyak sampah Food Panda.

Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi Universiti Help, Andy Hickson.

“Ada sampah dah masuk ke dalam sungai dan mencemarkannya. Saya rasa nak muntah. 

"Lebih teruk lagi, orang di sini beritahu saya, perkara ini dah berlanjutan bertahun-tahun lamanya, dan nampaknya tiada sesiapa mahu buat apa-apa tentangnya,” katanya turut membuat video pendek dan mengambil gambar untuk mengetengahkan isu itu.

Pada 2015, bekas menteri besar Azmin Ali pernah mengarahkan MPS untuk mengambil tindakan terhadap 10 tapak pembuangan sampah haram di Gombak- salah satunya ialah tapak ini.

Sepuluh tapak tersebut, merupakan antara 60 tapak yang menjadi tempat pembuangan sampah secara berleluasa.

Ia berkeluasan antara antara 4 hektar dan 7 hektar dan dilaporkan terletak di Sungai Pusu, Batu 8 Gombak, Kundang, Kuang, Kepong, Batu Caves, Rawang dan Batu Arang.

Malaysiakini telah menghubungi Majlis Perbandaran Selayang bagi mendapat penjelasan lanjut.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS