Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini merampas lebih 2,000 naskah komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’.

"Lebih 2,000 naskah telah dirampas, namun jumlah tepat tidak dipastikan," kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga KDN di Serdang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya jumlah keseluruhan komik propaganda itu yang telah dirampas KDN sehingga kini.

KDN sebelum ini mewartakan perintah larangan terhadap komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' termasuk versi bahasa Inggeris dan Cina yang dipercayai antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS