Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
556kg ketum tak sempat diseludup ke Thailand

Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 556kg daum ketum dengan tertangkapnya dua lelaki, masing-masing seorang rakyat tempatan dan Thailand dalam Op Wawasan Kedah/Perlis hari ini.

Komander Briged Utara PGA, SAC Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata cubaan itu berjaya digagalkan selepas sepasukan anggota yang membuat pemantauan terserempak sebuah kenderaan pacuan empat roda bergerak masuk ke kawasan ladang pokok jati dalam keadaan mencurigakan di Padang Besar.

"Kenderaan itu bergerak menghampiri pagar sempadan berhampiran tiang 864, dan apabila dihampiri dan diperiksa kami mendapati kenderaan itu membawa 20 bungkusan guni berwarna putih mengandungi daun-daun hijau disyaki daun ketum.

"Dua lelaki yang ditahan itu masing-masing berumur 24 dan 37 tahun dan mereka dipercayai cuba menyeludup daun ketum melalui pagar sempadan," katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS