Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Jho Low dapat suaka, kini di UAE'
Diterbitkan:  Oct 31, 2019 2:23 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dilaporkan menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) walaupun memperoleh suaka daripada negara lain.

Dia dilapor berperoleh suaka itu atas alasan berdepan “pendakwaan politik” dan atas sebab hak asasi manusia.

Jurucakap Low mengesahkan anak Pulau Pinang itu sedang berada di UAE dan bergerak antara Timur Tengah dan Eropah sejak Jun lalu., lapor The Malaysian Insight.

Jurucakap itu sebelum ini dilaporkan berkata, Low turut menghabiskan masa di Kuwait, Arab Saudi dan negara Timur Tengah lain - di mana dia mempunyai “hubungan rapat dengan kerabat diraja” negara itu.

Seorang jurucakap Low - melalui peguamnya - memberitahu Malaysiakini ahli perniagaan terbabit difahamkan mendapat tawaran suaka pada Ogos lalu "oleh sebuah negara yang bertindak selaras dengan prinsip Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB dan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia."

Memetik sumber dalam bidang undang-undang, Low dilapor ditawarkan suaka susulan tindakan kerajaan Malaysia yang didakwa melakukan tindakan politik dan melanggar hak asasi manusia terhadapnya.

Satu lagi sumber dalam bidang sama berkata Low kini dilindungi undang-undang anatarabangsa, seperti dinikmati Zakir Naik atas alasan mengelakkan mereka mendapat pertuduhan tidak adil di negara asal.

Low dikehendaki di beberapa negara susulan peranannya dalam skandal 1MDB.

Hari ini, dia dilaporkan berjaya mencapai kesepakatan dengan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk memulangkan aset bernilai US$700 juga yang didakwa diperoleh dengan menyalahgunakan wang 1MDB.

Polis bulan lalu berkata Low menggunakan kekayaanya untuk membeli pengaruh dan bergerak bebas di negara yang tidak didedahkan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS