Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Di bawah PH, lantikan politik dalam GLC tak berleluasa

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan pelantikan ahli politik Pakatan Harapan (PH) yang menyertai entiti berkaitan kerajaan (GLC), sambil menekankan bahawa ia tidak berleluasa dan bukan pada peringkat kebangsaan.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kajian badan pemikir, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) yang mendapati pelantikan politik terus diamalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di sebalik janji-janji PH untuk melakukan pembaharuan.

Bercakap kepada stesen televisyen RTM malam semalam, Lim berkata bahawa GLC berkenaan ditadbir secara profesional.

"Ini adalah naratif yang mereka mahu sampaikan kepada kerajaan baru, tetapi jika kamu lihat apa yang sedang diamalkan, semua pengarah (GLC) adalah profesional [...]

"Malah jika ada lembaga pengarah yang merupakan ahli politik dari PH, mereka hanya anggota biasa atau hanya aktif di peringkat negeri dan bukan di peringkat nasional.

"Dan tidak ada wakil rakyat yang dipilih menduduki lembaga pengarah GLC," katanya.

 

Kenyataan menteri itu bercanggah dengan kajian yang diumumkan oleh penganalisis ekonomi dan politik, Terence Gomez. Semalam, ahli akademik itu mendedahkan antara lain bagaimana Adun Permas, Zakaria Mohd Salleh dari Bersatu dilantik sebagai pengarah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Adun Pengkalan Kundar, Dr Ismail Salleh dari Amanah pula menduduki lembaga pengarah Lembaga Kemajuan Kedah (Keda).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS