Kajian badan pemikir, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) mendapati pelantikan politik menyertai entiti berkaitan kerajaan terus diamalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di sebalik janji-janji Pakatan Harapan (PH) untuk melakukan pembaharuan.
Felo Kanan Ideas, Prof Edmund Terence Gomez berkata ini ketara dalam pelantikan enam calon PH yang kalah pada pilihan raya umum lalu tetapi dilantik sebagai ahli lembaga pengarah empat badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Selain mereka, tambahan dua calon yang menang juga dilantik menyertai GLC. Daripada jumlah lapan yang dilantik sebagai pengarah, lima adalah dari Bersatu, dua dari Amanah dan satu dari PKR.
"Kamu lantik para pengarah ini dan mereka dapat gaji, jadi mereka akan sangat setia kepada para pemimpin.
"Melalui sistem ini, kerana mereka dapat gaji, mereka mendapat akses kepada wang kerajaan yang kemudiannya disalurkan kepada pembiayaan politik," kata Gomez yang menyampaikan penemuan laporan Ideas bertajuk "GLC Monitor - The State of Play since GE14" report.”
Beliau juga mencadangkan pelantikan itu adalah percubaan oleh Bersatu, melalui Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun, untuk menarik sokongan kepada PH di kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat BN dan PAS.
"Kementrian ini penting untuk Bersatu kerana melalui kementerian ini,kamu boleh menembusi ke akar umbi Melayu (dan) penduduk miskin tegar di Sabah," katanya.
"Bersatu sedang melaksanakan apa yang pernah dilakukan oleh Umno, menggunakan sistem sama, permainan yang sama.
"Mereka menggunakan cara ini ini untuk mendekati akar umbi dan melantih mereka yang kalah (pada PRU14) sebagai pengarah untuk memastikan mereka setia kepada parti," katanya, sambil menambah bahawa perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein membentuk kementerian itu untuk mendekati golongan miskin tegar.
Gomez berkata peredaran masa menyaksikan bagaimana pengganti Abdul Razak kemudian "merampas" kementerian berkenaan melalui GLC dan badan berkanun untuk “menjadi alat yang menaungi”.
"Kita tidak memerlukan GLC itu tetapi mereka menjadi mekanisme di mana politik naungan diamalkan di kawasan luar bandar," katanya.
Di bawah teraju Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memperbaharui GLC, Gomez berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar sekarang menguasai lima badan berkanun pembangunan negara, Mara dan senarai panjang GLC lain.
Katanya, bahawa lapan perlantikan berkenaan bertentangan dengan janji manifesto PH untuk menamatkan pelantikan politik seumpama itu.