Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Putra Tg Piai mahu Ibrahim Ali bertanding jika calon BN bukan Melayu
Diterbitkan:  Oct 30, 2019 12:52 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bahagian Tanjung Piai tetap mahu bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen itu jika BN tidak meletakkan calon Melayu.

Keputusan itu dibuat walaupun presidennya Ibrahim Ali memutuskan Putra tidak turut serta dalam pilihan raya kecil itu.

Ketua Putra Tanjung Piai Saharudin Kamijan memberitahu Malay Mail bahawa mereka mahu memberikan pilihan kepada pengundi Melayu yang tidak menyokong Pakatan Harapan.

“Ya, benar Ibrahim Ali umumkan parti tidak bertanding, tetapi harus difahami kita harus bersedia jika Bn tidak meletakkan calon Melayu,” katanya.

“Nampaknya BN masih tidak memutuskan sama ada Umno atau MCA yang akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai, walaupun PH sudah mengumumkan Karmaine Sardini sebagai calon semalam.”

Lebih menarik, Saharudin, menamakan Ibrahim sebagai kemungkinan calon mereka.

Tanjung Piai akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara PH, BN dan bekas komponen BN, Gerakan.

Hari pengundian ditetapkan pada 16 November manakala penamaan calon pula 2 November.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS