Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu perpaduan, pakaian sukan patuh syariah antara tumpuan Dewan Rakyat

PARLIMEN | Persoalan tentang perpaduan dan langkah kerajaan untuk menangani dan mengendurkan ketegangan berikutan meluasnya isu-isu sensitif perkauman, adalah antara perkara yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, soalan diajukan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada perdana menteri akan menjadi pemula untuk sesi jawab lisan.

Tidak kurang menariknya soalan yang dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) kepada Menteri Belia dan Sukan sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti sukan dan pertandingan yang dianjur di dalam mahu pun di luar negara.

Selain itu, Mohamed Said (BN-Kuala Krau) turut mengambil bahagian dalam sesi jawab lisan dengan mengajukan pertanyaan kepada Perdana Menteri tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diwajibkan kepada agensi pengendali pakej Haji Furada bagi mengelak kes jemaah haji terkandas seperti yang berlaku sebelum ini.

Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS