Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemikiran kritis di universiti penting, kata Anwar

Penekanan terhadap kemahiran pemikiran kritis dalam kalangan pelajar universiti adalah elemen penting bagi pembangunan lestari dan pembangunan negara, kata Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga pengerusi Institut Pemikiran dan Tamadun Islam, berkata kemahiran pemikiran kritis adalah penting untuk melakukan perubahan bagi membantu meningkatkan kehidupan ekonomi masyarakat.

“Tanpa pemikiran kritis, anda tidak dapat menghasilkan rumusan secara menyeluruh. Di universiti, kita perlu belajar, menilai dan menyoal,” katanya semasa menyampaikan ceramah umum pada Seminar Antarabangsa Integrasi Ilmu di Universiti Malaysia Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.

Anwar, yang juga presiden PKR, berkata integrasi ilmu juga penting untuk memahami tentang keadilan, moral dan etika serta keseimbangan hubungan dalam komuniti.

“Masyarakat perlu berusaha mencapai kecemerlangan tetapi pada masa sama menjaga keharmonian, kerohanian dan material, pengetahuan dan tingkah laku,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS