Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak cadang hantar kakitangan khidmat sambil belajar di China
Diterbitkan:  Oct 25, 2019 8:58 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bercadang menghantar kakitangannya untuk berkhidmat sementara dengan majlis tempatan sekitar negara China selama sebulan.

Menterinya Dr Prof Sim Kui Hian yang baru pulang dari negara itu berkata ia bagi membolehkan mereka mempelajari cara pengurusan di negara berkenaan.

"Lagipun kerajaan Sarawak sudah menandatangani sebanyak tiga perjanjian persahabatan dengan tiga wilayah di China, jadi saya minta semua jabatan dan 23 majlis tempatan di bawah kementerian ini memanfaatkan perjanjian itu dengan menghantar kakitangan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 2019, di Kuching, semalam.

Seramai 276 kakitangan dari Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan 23 majlis tempatan di bawah seliaan kementerian itu menerima anugerah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS