Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Yong Lei Choo dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru berkuat kuasa pada 25 November ini.

Arahan pertukaran melibatkan 10 pegawai kanan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad berkata, tempat Yong akan digantikan oleh Ketua Pusat Pengajian Sains Perisikan dan Kajian Strategik, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, Tan Chong Jin.

Pertukaran lain termasuk Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Dr Laila Ali dilantik sebagai Timbalan Pengarah JIPS dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Asmawati berkata, nama yang lain yang turut tersenarai ialah ACP Dalbir Singh Tanah Singh yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Selain itu, ACP Lukas Aket dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman yang turut memangku pangkat SAC.

Dalam pada itu, ACP Che Zamani Che Awang dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, Supt Nor Omar Sappi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Manjung di Perak dan Supt Soffian Santong dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Timur Laut di Pulau Pinang dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS