Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal setakat pagi ini
Diterbitkan:  Oct 24, 2019 10:02 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini yang masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih kekal 308 orang daripada 79 keluarga.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata setakat pukul 7.30 pagi ini, mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong, Teluk Intan di daerah Hilir Perak, masih kekal seramai 231 orang melibatkan 61 keluarga.

"Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempatkan di SK Changkat Lobak di Selama pula, menempatkan 77 orang daripada 18 keluarga," katanya dalam kenyataan di Ipoh hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS