Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan 26 warga China promosi judi di aplikasi Wechat, Tiktok
Diterbitkan:  Oct 24, 2019 9:32 AM
Dikemaskini: 1:32 AM

Taktik sindiket perjudian dalam talian yang mempromosi serta menawarkan permainan judi menerusi aplikasi TikTok dan WeChat terbongkar, susulan penahanan 26 warga China di sebuah premis di Seri Kembangan di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Rohaimi Md Isa berkata dalam serbuan kira-kira 11 malam itu, 24 lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun berkenaan, didapati terlibat dalam aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian serta loteri awam menggunakan dua aplikasi tersebut.

"Mereka ini memperdayakan kaki judi di China dengan mengatakan peluang untuk menang adalah tinggi dan pelanggan perlu mencuba nasib," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama tiga bulan dan setiap transaksi perjudian hanya menggunakan mata wang Yuan.

"Hasil yang diperoleh adalah antara RM20,000 hingga RM25,000 sehari. Polis merampas pelbagai barangan seperti sembilan set komputer, tiga komputer riba serta 28 telefon bimbit," katanya.

Rohaimi berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS