Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada maklumat terjejas susulan portal e-pay UM digodam

Universiti Malaya (UM) hari ini mengesahkan sistem pembayaran atas talian, portal e-pay miliknya digodam semalam.

Pejabat Komunikasi Korporat UM dalam kenyataan hari ini bagaimanapun memaklumkan tiada data dan maklumat yang terjejas kerana sistem tersebut telah ditutup sebaik sahaja perkara itu dikesan bagi membolehkan siasatan dan kerja pembaikan dilaksanakan.

“Sistem jaringan dan e-pay telah siap diperbaiki tengah hari tadi dan sistem jaringan telah diaktifkan semula.

Namun sistem e-pay masih lagi menjalani proses ujian dan akan diaktifkan semula dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Sebelum itu, satu akaun twitter memuat naik gambar mendakwa laman web UM telah digodam dengan kapsyen "University of Malaya got hacked and data leaked’ sehingga perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS