Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Najib beri AS$1 juta untuk Tamil Sri Lanka, adakah ini sokong LTTE?'
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 8:49 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyumbang AS$1 juta kepada Tamil Sri Lanka pada tahun 2012 akibat pengusiran terhadap mereka, kata Lim Kit Siang.

"Adakah ini sekarang ditafsirkan sebagai sokongan kepada Harimau Tamil (Liberation Tigers of Tamil Eelam)?" Soal veteran DAP itu dalam satu kenyataan petang ini.

Lim berkata, sejak minggu lalu rakyat Malaysia 'terganggu' dengan dakwaan kebangkitan semula LTTE, dengan penahanan rakyat Malaysia yang disyaki terlibat dengan kumpulan itu.

Pada masa sama Lim membangkitkan persoalan sama ada Malaysia bersedia menghadapi ancaman IS di Asia Tenggara.

"Gambar-gambar dan video lama- ada yang sejak satu dekad lalu - dikitar semula di Internet untuk mewujudkan 'mentaliti terkepung' dan untuk menyediakan apa yang dipanggil sebagai bukti kebangkitan semula LTTE yang tidak berfungsi lagi," katanya.

Sejak minggu lepas, bahagian antipengganas PDRM menahan seramai 12 individu termasuk dua Adun DAP, G Saminathan dan P Gunasekaran, kerana disyaki terlibat dengan LTTE.

Kesemua suspek ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma, yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari

Polis mendakwa salah seorang suspek merancang untuk menyerang Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia.

Selain itu terdapat pihak menggesa polis menahan  Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy berikutan pengedaran gambar menunjukkan beliau 'menyembah' gambar senjata.

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu berkata, beliau hanya menghadiri upacara peringatan untuk menghormati orang awam yang terkorban dalam perang saudara Sri Lanka, yang berakhir pada tahun 2009.

Beberapa pihak mengkritik penggunaan Sosma dan menggesa pihak polis mendakwa suspek di mahkamah tetapi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan diambil terhadap mereka.

Sementara itu, Lim berkata perhatian di seluruh dunia kini tertumpu kepada apa yang akan berlaku dalam penjara Syria sejak IS diisytiharkan berkubur awal tahun ini.

Beliau menegaskan penjara Syria dipenuhi kira-kira 12,000 anggota militan, dengan kira-kira 65 orang adalah dari Malaysia dan ratusan lagi dari Indonesia, yang tidak termasuk isteri-isteri pelarian dan anak-anak mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS