story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
TUDM guna pesawat baru terbangkan bayi sakit jantung
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 10:59 AM
Dikemaskini: 3:10 AM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan pesawat pengangkut terbaru Airbus A400M untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi di Sabah yang mengalami penyakit jantung kongenital yang sangat jarang berlaku pada Khamis lalu.

Juruterbang dan kru TUDM melakukan penerbangan selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur supaya bayi berusia 18 bulan itu boleh mendapatkan rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN).

"Pesawat pengangkut A400M daripada No 22 Skuadron berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 5 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam tadi

"TUDM telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 18 hari yang mengalami masalah jantung (Infracardiac Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage) untuk mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

"Pesawat pengangkut A400M yang diterbangkan oleh Mej Phanom TUDM telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 5.00 petang dan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam (Khamis).

"Seluruh warga TUDM mendoakan agar bayi tersebut sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan. Tahniah diucapkan kepada juruterbang dan anak kapal pesawat A400M dari No 22 Skuadron dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat,” kata kenyataan TUDM.

Bayi lelaki itu, yang belum dinamakan, disertai oleh anggota keluarganya, Jimmy Juin dan Junaita Sapit. Turut bersama mereka sepanjang penerbangan adalah Dr Brandon Patrick Senagang dan paramedik Mustafah Musa.

Menurut TUDM, bayi tersebut mengidap Infarkardiac Total Anomalous Drumage Pulmonary Drainage atau TAPVD.

Ia sakit yang jarang berlaku, iaitu hanya kira-kira 0.4 hingga 2 peratus daripada semua penyakit jantung kongenital, menurut Perpustakaan Perubatan Negara AS.

A400M ialah pesawat pengangkut tentera dengan empat enjin yang merupakan antara aset terbaru TUDM.

TUDM telah memperoleh empat daripadanya setakat ini, selepas menerimanya secara berperingkat dari 2015 hingga 2017.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS