Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Belanjawan kapitalis' abaikan negeri PAS - Ismail Sabri

PARLIMEN | Negeri Kelantan dan Terengganu yang diperintah PAS diabaikan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan Jumaat lalu, kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu menyediakan peruntukkan bagi pembangunan yang digariskan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), yang menyeru terhadap kesinambungan projek berimpak tinggi.

RMK11 menekankan kepentingan merapatkan jurang pembangunan antara negeri yang memberi tumpuan kepada negeri kurang maju seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis.

Ismail menyifatkan Belanjawan 2020 memperuntukkan agihan yang besar kepada empat negeri itu tetapi tiada peruntukkan seumpamanya kepada pembangunan di Terengganu dan Kelantan.

"Di manakah peruntukan untuk projek berimpak tinggi bagi Kelantan dan Terengganu seperti yang ditegaskan oleh Pakatan Harapan sendiri dalam Kajian Separuh Penggal RMK11?” tanya beliau ketika sesi perbahasan Belanjawan2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Hanya 2 sekolah, kata Takiyuddin

Takiyuddin Hassan (PAS- Kota Bharu) mencelah dan menyentuh bahawa kedua-dua negeri tersebut hanya menerima dua sekolah baru - satu di Tumpat, Kelantan dan sebuah lagi di Marang, Terengganu.

Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS- Rantau Panjang) berkata beliau terkilan bahawa kedua-dua negeri tidak menerima peruntukkan seperti negeri-negeri lain.

"Negeri (Kelantan) yang sebelum ini dihina sebagai negeri paling miskin, tetapi peruntukan tidak diberi seperti diberi negeri lain.

"Banyak projek dijanjikan masih tertangguh, khususnya tebatan banjir sekarang kita akan berdepan dengan musim banjir yang sudah berpuluh kali saya sebut," katanya.

'Hukuman kerana undi PAS?'

Bersambung dengan perbahasan, Ismail bertanya: "Saya nak tanya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), adakah ini merupakan satu hukuman terhadap rakyat Kelantan dan Terengganu kerana mereka undi PAS?" (PRU14).

"Adakah kerana itu negeri-negeri ini dipinggirkan?" soal ahli Parlimen Bera itu lagi.

"Memandangkan Belanjawan 2020 mendiskriminasi Kelantan dan Terengganu, saya tuntut agar inilah masanya untuk memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada kedua-dua negeri tersebut," katanya.

Tambahnya, bahawa tidak ada sebarang dasar baru atau inisiatif khas secara besar-besaran untuk menambah baik kehidupan dan kesejahteraan masyarakat luar bandar dan mereka yang memerlukan.

Sebaliknya, katanya, komuniti perniagaan dan pelabur luar negara akan terima pelepasan cukai dan bantuan kerajaan.

Beliau dengan itu menjelaskan Belanjawan2020 sebagai "Belanjawan Kapitalis” yang meminggirkan masyarakat pedadalaman dan miskin, yang memerlukan lebih perhatian kerajaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS