Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis ada bukti, asas kukuh jalankan siasatan LTTE, kata Muhyiddin

Pihak polis mempunyai bukti dan asas kukuh bagi menjalankan siasatan terhadap gerakan Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) berdasarkan risikan yang dilakukan dalam jangka masa panjang sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata daripada risikan polis menunjukan bahawa terdapat asas kukuh keganasan atau kemungkinan berlaku keganasan daripada gerakan kumpulan LTTE di negara ini.

“Soal pokok bukan hanya kepada LTTE sebaliknya daripada risikan polis terdapat elemen-elemen yang menunjukkan ada bentuk keganasan atau mungkin berlaku keganasan dalam siasatan LTTE,” katanya kepada pemberita di Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran datuk seri utama.

Muhyiddin berkata LTTE masih dianggap sebagai kumpulan pengganas walaupun kumpulan tersebut telah diharamkan.

Beliau berkata keputusan membuat siasatan terhadap kumpulan tersebut dibuat oleh pihak polis berdasarkan risikan yang dilakukan dalam satu tempoh yang amat panjang kerana tidak mahu melihat ada kecederungan mana-mana pihak dalam negara atau luar negara terlibat dalam elemen-elemen keganasan.

“Kita perlu benteras di peringkat awal lagi atau tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan kita laksana…bagi saya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak atas dasar kesedaran untuk menjaga keselamatan negara berdasarkan peruntukan yang ada.

“Saya harap semua pihak faham kerana kita ingin menentukan negara ini sentiasa aman, elemen keganasan ini bukan bergantung kepada soal kaum, kalau ada Daesh berlaku di kalangan kumpulan penganas orang Melayu dan Islam kita akan ambil tindakan,”katanya.

Polis baru-baru ini telah menahan tujuh individu termasuk dua adun Negeri Sembilan dan Melaka berhubung pembabitan mereka dalam menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS