Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek k'jaan bernilai RM1.3b untuk kontraktor bumiputera
Diterbitkan:  Oct 11, 2019 6:38 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Projek kerajaan bernilai RM1.3 bilion akan dikhususkan untuk kontraktor bumiputera sedia ada dan baru berdaftar, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata kerajaan telah membuka semula pendaftaran bagi Kontraktor Bumiputera Gred 1 (G1) mulai 1 September 2019 dan telah menerima 946 permohonan pada akhir September.

“Kerajaan sedang menambah peluang kepada lebih ramai kontraktor bumiputera untuk menyertai perolehan kerajaan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

- Bernama 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS