Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suspek LTTE: Dakwa atau lepaskan - Kit Siang
Diterbitkan:  Oct 11, 2019 12:59 PM
Dikemaskini: 5:09 AM

Lim Kit Siang hari ini menuntut agar dua Adun DAP, P Gunasekaran dan G Saminathan yang ditahan berkaitan siasatan hubungan mereka dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia.

Veteran DAP itu berkata kedua-dua mereka yang ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), mesti dibebaskan segera atau didakwa di mahkamah untuk memberi mereka peluang membela diri.

Gunasekaran dan Saminathan adalah antara tujuh yang dtahan menurut undang-undang keselamatan yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Mohd Khairuddin Aman Razali mengalu-alukan tindakan keras polis dan menggesa polis supaya turut menangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Rasamamy.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim mahu pihak polis dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri.

"Polis perlu hadir di hadapan jawatankuasa ini untuk menjelaskan, secara amnya, bagaimana pihak polis menjalankan tugasnya di bawah kerajaan Pakatan Harapan dengan komitmen pentadbiran PH bahawa ini mesti dijalankan dengan bertanggungjawab dan telus.

"Dan ini khususnya mengenai penahanan semasa serta bagaimana pihak polis mematuhi komitmen PH untuk tidak menyalahgunakan kuasanya di bawah langkah-langkah keras mengikut undang-undang menindas sehingga ini dimansuhkan," katanya.

Semalam, tujuh individu termasuk dua Adun DAP itu ditahan dalam operasi polis Bukit Aman disyaki terlibat dalam mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan menyalurkan dana melibatkan LTTE.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS