Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sri Ram: Ada hakim Mahkamah Persekutuan cuba lemahkan perlembagaan
Diterbitkan:  Oct 4, 2019 4:55 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Dalam ucapannya yang keras, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram hari ini memberi peringatan kepada -pengganti-penggantinya bahawa mereka harus menghormati prinsip dan teras Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, terdapat pihak yang cuba melemahkan doktrin perlembagaan utama.

"Kita harus memerintah bahawa fasal penyingkiran (ouster clause) adalah tidak berperlembagaan kerana ia menghalang akses kepada keadilan, yang adalah hak asas yang dijamin dan bahkan diterima oleh mahkamah kita.

"Usul sedemikian dijumpai dalam kes (M) Indira Gandhi yang baru-baru ini diputuskan (pada 2018).

"Walaupun terdapat kakitangan yang bekerja keras cuba untuk merempuh perlembagaan bagi melemahkan keputusan berkenaan, saya mengesa semua untuk mendesak Mahkamah Persekutuan supaya memastikan tangan yang kotor itu tidak mencemarinya," katanya.

Sri Ram berucap pada forum bertajuk “The Judicial Role in Public Administration: Key Values and Principles” sempena Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA di Petaling Jaya, hari ini.

Bercakap kepada media kemudiannya, bekas hakim itu mendakwa terdapat beberapa hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang tidak percaya terhadap struktur asas perlembagaan.

"Mahkamah Persekutuan dianggotai oleh hakim yang tidak mempercayai doktrin struktur dasar dan ada hakim yang percaya pada doktrin struktur dasar.

"Preskripsi ubat saya buat mereka yang tidak mempercayai doktrin itu adalah lebih baik mereka membiasakan dengannya kerana ini sudah menjadi sebahagian daripada undang-undang kita [...] henti berpura-pura ia tidak wujud," katanya.

Antara prinsip yang membentuk struktur perlembagaan negara ini adalah pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman; kedudukan khas kaum bumiputera; kedudukan Raja-raja Melayu, dan kebebasan asas yang diberikan kepada semua warganegara Malaysia.

Sri Ram, 76, bersara sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2016 dan hari ini kembali berkhidmat sebagai seorang peguam.

Jabatan Peguam Negara melantiknya sebagai pendakwa utama dalam kes berkaitan 1MDB yang membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS