Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belum ada tawaran dari Saudi Aramco, kata Petronas
Diterbitkan:  Oct 3, 2019 8:47 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata ia belum menerima sebarang tawaran untuk menjadi pelabur utama berpotensi bagi Tawaran Awam Awal (IPO) Saudi Aramco yang dicadangkan.

“Petronas, setakat ini, tidak menerima sebarang tawaran daripada Saudi Aramco atau wakil yang dilantik mereka untuk menjadi pelabur utama berpotensi dalam IPO yang dicadangkan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Syarikat minyak negara itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan yang dikeluarkan Bloomberg News pada 1 Okt dengan tajuk Saudi Aramco approaches Asian State Oil Producers on IPO.

Artikel itu menyatakan bahawa syarikat minyak utama berkenaan (Aramco) sedang mencari pelaburan utama daripada Petronas dan China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec).

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS