Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas CEO SSM, anak didakwa kes rasuah esok

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Zahrah Abd Wahad Fenner akan didakwa berhubung beberapa kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain Zahrah, anaknya Abdulazeez Wan Ruslan akan turut didakwa serentak bersabit kes sama.

"SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi mendakwa kedua-dua tertuduh.

“Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes rasuah dan mereka telah dipanggil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada 2 petang tadi bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS