Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP Kepong tawar bantuan pada pelajar terpaksa buat 4 kerja
Diterbitkan:  Sep 24, 2019 12:04 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menawarkan bantuan terhadap mahasiswa Ong Ke Shing, yang mendedahkan terpaksa melakukan empat kerja sambilan dalam sebuah dokumentari baru-baru ini.

Lim berkata walaupun pelajar universiti, secara amnya, dijangka bekerja separuh masa untuk menampung perbelanjaan harian dan yuran pendidikan, rutin Ong yang berusia 22 tahun sebagai pelajar Sains Sukan di Universiti Malaya itu adalah luar biasa.

"Saya percaya terdapat banyak kes yang serupa dengannya, yang perlu melakukan banyak pekerjaan ketika belajar.

“Sebagai menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat untuk Kepong, saya mendesaknya serta golongan belia lain dari Kepong yang masih belajar sama ada di universiti atau kolej awam untuk datang ke pejabat saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya akan memberi bantuan sebanyak mungkin kepada mereka yang benar-benar berhak mendapatnya supaya mereka dapat menyelesaikan pengajian mereka dengan kurang tekanan dan kebimbangan terhadap wang," katanya.

Lim Lip Eng 

Dia menjadi subjek dalam filem pendek bertajuk Clocked Out oleh pelajar UM, Walli Khalik. Filem itu menyentuh soal sesetengah pelajar yang bergelut untuk menyara kehidupan.

Secara keseluruhan dia bekerja kira-kira 60 jam seminggu - sebagai konduktor kaji selidik, tukang urut sukan, pelayan bar dan jurulatih kecergasan.

Beliau juga telah bekerja sejak tingkatan 5 untuk menyimpan wang yang cukup untuk pendidikan tinggi beliau.

Lim berkata orang lain yang ingin membantu Ong dan pelajar lain yang layak, boleh menghubungi pejabatnya dan membincangkan kemungkinan dalam menyediakan mereka biasiswa secara penuh atau separuh.

Filem ini ditayangkan sebagai sebahagian daripada Festival Filem Bebas 2019 di Petaling Jaya Sabtu lalu yang dipanggil "Pelajar Pun Mau Makan".

Empat pelajar dijemput untuk bercakap mengenai pengalaman mereka dalam bergelut dengan isu kewangan dalam acara itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS