Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
3 nelayan Indonesia diculik dekat perairan Lahad Datu

Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat Lahad Datu, petang tadi.

Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.

"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS