Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rais ajak bantah caj bank di kaunter, CDM
Diterbitkan:  Sep 23, 2019 1:00 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, Rais Yatim mengajak orang ramai mengadakan bantahan sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakan beberapa bank yang mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Katanya, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

"Sedar-sedar Facebook baharu lapor - setiap khidmat kaunter bank kini kena caj RM2?

“Kalau benar, caj ini jelas mencekik sebab yang guna khidmat kaunter kebanyakan guru, golongan B40, peneroka, nelayan dan peruncit.

 

"Sehelai cek sudah lama kena caj. Untung bank berbilion ringgit. Mari bantah," katanya menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitternya.

Walau bagaimanapun, kenyataannya itu tidak mendapat sambutan baik daripada warga maya dengan ada yang membidasnya.

“Payah bantah la kan skrg TS (Tan Sri) di pihak kerajaan. Bank Negara buat arahan hapuskan caj. Apa masalah.

“Atau tak berani nak tegur Menteri Kewangan dari DAP? Ajak orang lain bantah sama. Berehatla TS...repairlah jambatan dgn Allah,” kata seorang pengguna Twitter dengan nama Hanafiah.

Turut menyelar bekas menteri Umno itu adalah pengguna dengan nama ‘Pakai Sifir bodo’.

“Jangan marahkan bank marahkan polisi kerajaan PH,“ tulisnya.

Berikut antara komen-komen lain.

 

Baru-baru ini, isu caj perkhidmatan di kaunter dan CDM tular dalam media sosial apabila pengguna menzahirkan rasa tidak puas hati apabila perlu membayar RM2 atau 50 sen bagi setiap transaksi pembayaran bil kad kredit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS