Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Orang tua 94, 78 dan 72 saja tak dapat selamatkan Malaysia
Diterbitkan:  Sep 23, 2019 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Dalam satu mesej khas kepada golongan belia di Sarawak, Lim Kit Siang berkata, usaha yang dilakukan oleh beberapa individu yang sudah lanjut usia mereka sahaja tidak mencukupi demi menyelamatkan Malaysia.

Ini merujuk kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 94, presiden PKR, Anwar Ibrahim, 72 dan dirinya sendiri, 78.

Untuk Malaysia diselamatkan, veteran DAP itu berkata, tenaga dan idealisme belia diperlukan.

Oleh itu, beliau menggesa para belia di Sarawak, terutamanya dalam kumpulan usia 16 - 25, yang mungkin layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-12 dalam tempoh 12 hingga 20 bulan akan datang, untuk memainkan peranan mereka sebagai perintis.

 

Pilihan raya negeri Sarawak dijangka akan diadakan pada tahun depan atau paling lewat pada tahun 2021 dan akan menjadi yang pertama dipengaruhi dengan keputusan pindaan perlembagaan baru-baru ini yang menurunkan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Untuk menerangkan maksudnya itu, Lim meminjam kata-kata presiden pertama Indonesia, Sukarno, yang berkata dia mampu menggoncang dunia jika dia diberikan 10 pemuda.

"Bolehkah anak muda Sarawak 'menggoncang' Malaysia?" soal ahli parlimen Iskandar Puteri itu.

Menurut Lim, para belia di Sarawak mesti menjadi teladan kepada pemuda-pemudi lain di Malaysia sebelum pilihan raya umum ke-15 pada tahun 2023 dengan mempamerkan tenaga positif mereka untuk menyelamatkan Malaysia daripada “trajektori negara gagal, berpecah-belah, penipu dan kleptokrasi."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS