Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Portal digital teruskan pembelajaran ketika sekolah tutup diperkenal
Diterbitkan:  Sep 21, 2019 3:11 PM
Dikemaskini: 12:20 PM

Kementerian Pendidikan menyediakan portal pembelajaran digital secara percuma untuk guru dan murid bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran walaupun sekolah ditutup akibat bencana.

Portal itu boleh diakses di http://portal.moe.edu.my atau http://portal.moe-dl.edu.my

"Semua guru dan murid boleh mengakses portal pembelajaran digital menggunakan ID log masuk (ID login) yang telah dibekalkan kepada mereka.

"Melalui portal ini mereka boleh mengakses bahan pembelajaran seperti buku digital dan sumber pendidikan lain bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran," kata kementerian itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, Kementerian Pendidikan juga menyediakan portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) yang mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah.

"Guru dan murid boleh mengakses portal EduwebTV untuk mencari maklumat topik-topik yang berkaitan sebagai pusat rujukan setempat.

"Sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dengan memanfaatkan portal pembelajaran digital dan portal EduwebTV ini," kata kenyataan itu lagi.

Lebih sejuta murid serta pelajar terjejas susulan penutupan sekolah dan institusi pendidikan dalam tempoh beberapa minggu ini susulan jerebu.

Sekolah diarah ditutup apabila Indeks Pencemaran Udara melebihi tahap tidak sihat (101-200), atau pada tahap 'sangat tidak sihat' (201-300).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS