Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M jamin beri perlindungan pada syarikat dedahkan rasuah
Diterbitkan:  Sep 20, 2019 9:33 AM
Dikemaskini: 1:33 AM

Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan melindungi syarikat yang memberikan maklumat berkaitan amalan rasuah.

“Syarikat-syarikat yang memberikan maklumat berkaitan rasuah akan dilindungi,” Mahathir dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian dalam acara bersama golongan korporat di negara ini bagi mendapatkan bantuan untuk membendung amalan rasuah.

Mahathir berkata pendedahan amalan rasuah sebenarnya baik untuk sektor perniagaan negara.

“Bila rasuah dikurangkan, syarikat boleh buat lebih banyak duit, yang akhirnya dapat mempertingkatkan habuan kepada pekerja, pemegang saham dan rakyat secara umumnya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS