Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,400 sekolah tutup hari ini dan esok akibat jerebu
Diterbitkan:  Sep 19, 2019 11:08 AM
Dikemaskini: 3:08 AM

Lebih 2,400 sekolah di seluruh negara akan tutup hari ini dan esok ekoran jerebu, kata Kementerian Pendidikan.

Kementerian berkata seramai 1,732,842 pelajar terjejas akibat penutupan sekolah itu.

Jumlah sekolah ditutup hari ini mengikut negeri - Kedah (124), Perak (250), Negeri Sembilan (53) dan Sarawak (373).

Bilangan sekolah yang dijangka tutup hari ini dan esok adalah - Selangor (939), Putrajaya (25), Kuala Lumpur (296), Pulau Pinang (399).

Kementerian akan sentiasa mengemas kini senarai sekolah dan daerah dari masa ke semasa menerusi laman Facebook.

Sekolah diarahkan tutup sebaik sahaja bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, yang dilabelkan sebagai paras tahap tidak sihat.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Tinggi, di bawah kementerian itu, turut menggesa pensyarah menangguhkan sesi kuliah di universiti sekiranya kualiti udara dianggap tidak selamat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS