Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar buat petisyen gesa YPJ percepat salur pinjaman

Seorang pelajar Johor mengusahakan petisyen atas talian bagi mendesak Yayasan Pelajaran Johor mempercepatkan penyaluran pinjaman pendidikan.

Hafizuddin Hassan, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), membuat petisyen itu pada 6 Februari lalu menggunakan platform petisyen komuniti Azaaz.org.

“Saya buat (petisyen) atas talian dan tujuan saya buat untuk buktikan yang mahasiswa perlu tahu bahawa isu menjadi bebanan kepada peminjam.

“Dalam petisyen tersebut saya ada buat penerangan supaya isu ini dinaikkan dan mohon tempoh dipercepatkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Hafizuddin, 23, memohon proses pengagihan 30 hari bekerja itu dipercapat kepada 14 hari, selepas keputusan peperiksaan dihantar.

Pelajar tahun akhir kejuruteraan sivil itu berkata, prosedur operasi standard sekarang menyebabkan pelajar memasuki semester baru tanpa wang.

"Impaknya, pelajar akan menghadapi kesukaran dalam meneruskan urusan mereka sehingga mereka terpaksa makan nasi bujang sebab nak ikat perut dan ada pelajar yang terpaksa pinjam duit kawan,” katanya kepada Malaysiakini

Setakat laporan ini ditulis, lebih 120 orang telah menandatangani petisyen atas talian itu.

Menurut laman web YPJ terdapat seramai 19,967 penerima dana RM 265.38 juta mereka.

Malaysiakini telah beberapa kali menghubungi pihak YPJ dan sedang menunggu maklum balasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS