Paling Popular
Terkini

Kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin esok susulan rayuannya terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang telah membatalkan pendaftaran kumpulan itu di Johor.

Pendaftaran Dong Zong, Johor dilaporkan telah dibatalkan selepas ia dikatakan gagal memberi penjelasan kepada ROS berhubung beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan itu berkaitan penglibatan guru.

RoS menyerahkan surat pembatalan pendaftaran pada 8 Ogos lalu.

Muhyiddin berkata masalah gabungan itu adalah berkaitan dengan pengurusan beberapa persatuan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ROS.

“Mereka akan jumpa saya esok dan nanti saya akan dengar.

“Saya telah diberi laporan tapi mereka esok mereka akan hadir. Saya akan jumpa pendaftar pertubuhan bersama-sama untuk melihat apa yang boleh dilakukan supaya mana yang boleh diperbetulkan, kita perbetulkan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Pada Ahad lalu, Dong Zong dilaporkan mengemukakan surat rayuan kepada KDN berhubung pembatalan pendaftaran Dong Zong Johor oleh RoS negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Low Chee Chong dilaporkan berkata Dong Zong pada 20 Ogos lepas menerima surat pembatalan bertarikh 8 Ogos daripada Pengarah RoS Johor dengan alasan tidak menerima sebarang penjelasan mengenai pindaan perlembagaan persatuan berkaitan penglibatan guru.

ROS dikatakan menyampaikan notis tunjuk sebab kepada persatuan itu pada Januari lalu atas dakwaan pembabitan guru dalam persatuan itu bertentangan dengan Akta Persatuan 1966.

Menurut Low, Dong Zong Johor ditubuhkan pada tahun 1955, iaitu setahun sebelum Akta Persatuan diperkenalkan.

“Sepanjang beberapa tahun ini tidak ada sebarang masalah yang berlaku.

"Jadi pihak Dong Zong negeri itu telah berjumpa dengan pegawai pendaftaran di Bahagian Pengurusan Pertubuhan. Pihak RoS mencadangkan supaya persatuan itu membuat pendaftaran di bawah Kementerian Pendidikan kerana ada penglibatan guru.

“Pada Mac surat telah ditulis dan kementerian berkata ia tidak melibatkan pihaknya dan meminta agar ia dirujuk semula kepada RoS. Pegawai di jabatan itu secara lisan berkata ia boleh diselesaikan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS