Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bersatu memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Anggota Majlis Tertingginya, Rais Husin kerana menjejaskan imej parti itu.

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang juga perdana menteri memaklumkan demikan malam ini.

"Kita telah bincang dengan panjang lebar, beberapa perkara, di antaranya perlu adanya disiplin dalam parti, khususnya ahli-ahli dalam Majlis Presiden juga Majlis Tertinggi, iaitu mereka yang ada pegang jawatan.

"Mereka perlu berhati-hati bila membuat pengumuman, kalau mereka membuat pengumuman yang mrosakkan imej parti maka tindakan akan diambil terhadap mereka, dan ini diputuskan berkenaan dengan projection (ramalan) kononnya parti harapan ini akan kalah.

"Tak tahu lah pendapat dia, tetapi kita akan adakan penyelidikan, akan kemukan kepada Majlis Disiplin parti dan Majlis Disiplin akan membuat laporan kepada Majlis Tertinggi untuk Majlis Tertinggi ambil tindakan yang dicadangkan oleh Majlis Disiplin," jelasnya.

Walaupun tidak menamakan Rais, dipercayai Dr Mahathir merujuk kepada anggota MT tersebut yang dipetik laporan media sebagai berkata PH akan kalah jika PRU dibuat esok.

Semalam, Rais dilaporkan berkata PH mempunyai tempoh tiga setengah tahun lagi untuk menunaikan janji-janji PRU14.

“Dalam senario sekarang, kalau kita adakan pilihan raya esok, Umno dan PAS akan menang,” kata ahli MT Bersatu itu pada suatu majlis forum anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menjelaskan lanjut, Dr Mahathir berkata Bersatu tidak pernah melantik sesiapa untuk memegang jawatan ketua ahli strategi parti.

"Kita tidak ada sebenarnya ahli strategi. Tidak ada dalam dalam parti, saya tak tahu siapa lantik chief strategist, itu gelaran yang diberi oleh diri sendiri kot, jadi sekarang tiada gelaran kita boleh beri gelaran.

"... berkenaan orang yang mengaku dirinya sebagai chief strategist, tidak ada hal yang sebegitu," katanya lagi.

Ketika ditanya pemberita sekiranya beliau merujuk kepada Rais Hussin, pengerusi Bersatu menjawab: "Mungkin."

Mengulas hal ini, Rais dilaporkan berkata tidak pernah merujuk dirinya sebagai ketua pakar strategi Bersatu.

Sebaliknya, kata Rais media yang sering kali menampilkan dirinya dengan gelaran berkenaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS