Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis minta bantuan orang ramai cari saksi penting kehilangan Amri Che Mat
Diterbitkan:  Aug 29, 2019 10:54 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Pihak polis meminta bantuan orang ramai dalam usaha mencari seorang saksi penting dalam kes kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid, berkata mereka yang mempunyai maklumat tentang individu bernama Saiful Bahari Abdul Aziz diminta menghubungi polis.

"Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali penama, diminta menghubungi Inspektor Wan Ahmad Zakiman Wan Ismail, Bahagian unit siasatan jeneyah terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (D5) Bukit Aman di talian 03-22666071 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan semalam.

Pada tahun lalu, panel Suhakam yang menyiasat kes kehilangan Amri mendakwa polis melakukan "usaha untuk mengaburkan" dan kaitan dengan Saiful Bahari, yang merupakan bekas pekerja kontrak Cawangan Khas.

Kereta Saiful Bahari, sebuah Toyota Vios berwarna emas, dilihat berada di luar rumah Amri selam tiga hari berturut-turut sebelum kehilangan aktivis itu.

Sebelum ini, Saiful Bahari berulang-kali menolak untuk memberi keterangan di inkuiri Suhakam.

Peguam keluarga Amri, David Morais berkata Saiful Bahari dikesan tidak lagi hadir kerja sejak 2017.

Amri hilang pada 24 November 2016.

Selain Amri, Suhakam turut menyiasat kes kehilangan paderi Raymond Koh yang diculik oleh kumpulan bertopeng ketika memandu di Kelana Jaya, Selangor pada 13 Februari, 2017.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk kedua-dua kes ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS