Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib Razak yang berdepan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, yakin pihak mereka telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

TPP V Sithambaram berkata bahawa ini dapat dilihat hari ini apabila pihak pendakwaan menutup kesnya setelah mengemukakan 57 saksi sepanjang perbicaraan yang bermula sejak April lalu.

"Saya mesti kata sebagai pendakwa, kita tidak dibenarkan meramal apa keputusan yang akan ditentukan oleh hakim.

"Bagaimanapun, pihak pendakwaan yakin bahawa kami telah membuktikan kes prima facie dalam memanggil 57 saksi, dan mengemukakan bukti yang sewajar tentang apa yang berlaku pada 2014 dan 2015," katanya.

"Kami yakin telah membuktikan kes prima facie terhadap Najib yang mesti menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak pendakwaan.

"Kes itu (peringkat perbicaraan pembelaan) akan bermula pada bulan Disember jika (Najib) diarah membela diri.

"Jika ia tidak diselesaikan pada Disember, perbicaraan boleh selesai menjelang Januari (2020)," kata Sithambaram kepada media selepas prosiding hari ini.

Terdahulu semasa perbicaraan, Peguam Negara Tommy Thomas menutup kes pendakwaan selepas mengemukakan 57 saksi sepanjang 58 hari perbicaraan bermula 3 April, lalu.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan menawarkan 66 saksi kepada pihak pembelaan sekiranya Najib dipanggil membela diri.

Thomas kemudian menawarkan 66 saksi kepada pasukan pertahanan, sekiranya Najib diperintahkan untuk memasuki pertahanannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian menetapkan 11 Nov untuk keputusan sama ada pendakwaan telah menubuhkan kes prima facie terhadap Najib, dan sama ada bekas perdana menteri itu perlu membela dirinya terhadap tujuh tuduhan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Mohd Nazlan menetapkan 22 dan 23 Oktober ini mendengar hujah lisan pendakwaan dan pembelaan serta memerintahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujah bertulis mereka pada 24 Sept.

Saksi-saksi yang ditawarkan untuk pembelaan

Mengenai siapa yang bakal menjadi saksi berpotensi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan, Sithambaram berkata antara mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab di Unit Perancang Ekonomi, Nor Mohamed Yakcop, dan bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

 

"Zeti dan Nor Mohamed Yakcop juga ada (di antara kumpulan 66 saksi berpotensi untuk pembelaan).

"Tetapi hanya kerana kami tawarkan 66 saksi tidak bermakna semua akan dipanggil (oleh pasukan pembelaan jika Najib diarahkan membela dirinya.)

"Apa yang pembelaan mahu, mereka akan nyatakan (saksi yang mereka mahu), dan kami akan mengaturkan supaya mereka untuk mewawancara saksi," kata Sithambaram.

Pembelaan juga yakin

Sementara itu, ketika ditemui selepas prosiding, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah juga menyatakan keyakinannya bahawa mahkamah tidak akan memerintah kliennya suapaya membela diri.

"Saya yakin dengan senyap. Kami sangat yakin dengan pembelaan kami. Kami sangat yakin bahawa pembelaan itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

"Saya fikir kita telah mengketepikan segala-galanya, tetapi saya tidak mahu berkata lebih banyak hingga hari berhujah,” katanya kepada media.

Apabila ditanya mengapa Najib mengunakan pasukan pembelaan yang sama untuk kedua-dua perbicaraan antarabangsa SRC dan perbicaraan 1MDB yang akan bermula esok, Shafee berkata ia adalah kerana kedua-dua kes melibatkan pembelaan yang sama.

"Pilihan untuk mempunyai pasukan (pembelaan) sama untuk kes SRC dan 1MDB adalah pilihan yang bersesuaian. Kedua-dua kes ini bukan hanya sama, tetapi mempunyai pembelaan yang sama dalam banyak cara.

"Setelah melalui kes SRC, akan menjadi sia-sia apabila pasukan itu diubah. Kami boleh menggunakan pengetahuan dari perbicaraan SRC untuk melakukan tugas yang lebih baik dalam perbicaraan 1MDB, oleh sebab itu kami mengekalkan pasukan yang sama.

"Tertuduh (Najib) mempunyai hak untuk mendapatkan peguam di bawah perlembagaan (persekutuan) dan dia memilih pasukan pembelaan ini untuk semua perbicaraan (SRC dan 1MDB) kerana mereka semua saling berkaitan," katanya.

Peguam veteran itu berkata, bahawa ini adalah kali pertama dalam Komanwel bahawa seseorang tertuduh berdepan dengan pelbagai tuduhan dan perbicaraan berkait satu sama lain.

Shafee berkata sebaik perbicaraan 1MDB bermula esok, pasukan pembelaan akan dilanda dengan beban kerja yang berat.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS