Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: M'sia pertimbang dapatkan bon Samurai 'murah' kedua

Enam bulan selepas Malaysia berjaya mendapatkan bon Samurai bernilai 200 bilion yen (RM7.3 bilion), Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk memperoleh bon "murah" bagi kali kedua.

"Ya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur apabila diminta pemberita mengesahkan laporan berhubung perkara itu.

"Jepun sedang mengadakan pinjaman yang sangat murah, di bawah 0.65 peratus sebelum ini. Tapi kini lebih rendah lagi.

"Jadi kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh menggunakan situasi ini untuk membantu mengatasi masalah kewangan negara kita," katanya.

PH sebelum ini mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Jepun untuk membayar hutang 1MDB dan hutang lain.

Bon Samurai yang diterbitkan pada Mac dijamin oleh Japan Bank for International Cooperation (JBIC) dengan tempoh matang selama 10 tahun, dengan kos kepada kerajaan sebanyak 0.63 peratus setahun.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan sekiranya Jepun meletakkan sebarang syarat sebagai balasan untuk bon berkenaan.

Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa tiada sebarang syarat dikenakan ke atas bon Samurai.

Pada Julai lalu, bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa hutang negara sudah mencecah RM800 bilion.

Menurut Najib, kerajaan persekutuan mendapat RM77.8 bilion pada tahun ini saja - RM70.5 biliom dalam sukuk tempatan dan RM7.3 bilion daripadan bon Samurai Jepun - sementara penebusan adalah RM17.7 bilion.

Putrajaya kini sedang berunding dengan kerajaan China untuk mendapatkan bon Panda yang dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mempunyai kadar yang masih tidak memuaskan hati kerajaan.

Cadangan berhubung bon Panda utu dibangkitkan Duta China ke Malaysia Bai Tian pada Feb lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS