Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis nasihat orang ramai jangan hadir himpunan anti-Zakir Naik
Diterbitkan:  Aug 22, 2019 11:20 PM
Dikemaskini: 3:20 PM

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe berkata, notis yang dikemukakan penganjur didapati tidak lengkap, dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

Polis menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians and Other Races’, Sabtu ini di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe berkata, notis yang dikemukakan penganjur didapati tidak lengkap, dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

“Pihak polis telah menerima notis pemakluman dari penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races’ pada 24 Ogos (Sabtu) jam 2 petang di ‘Water Fountain Little India’, Brickfields.

“Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS