Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lapor ke SKMM: Senator Umno bidas Gobind, DAP
Diterbitkan:  Aug 18, 2019 10:02 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Senator Umno, Khairul Azwan Harun mengkritik menteri kabinet Gobind Singh Deo dan partinya DAP susulan seruan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar orang ramai melaporkan kandungan 'menyinggung' di media sosial.

Dalam satu kenyataan Khairul berkata langkah SKMM mewujudkan talian hotline menunjukkan gambaran sebenar mengenai DAP yang pernah mendakwa sebagai sebuah "parti progresif".

"Gobind adalah satu-satunya menteri DAP yang bagus. Malangnya. Mereka telah tunjukkan warna sebenar. Ini adalah satu langkah kebelakangan dalam demokrasi kita, definisi 'sensitif' adalah samar-samar," katanya.

Khairul menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak demokratik dan pihak berkuasa tidak sepatutnya diberikan kuasa untuk menghalang kebebasan bersuara.

"(Keputusan itu) adalah satu isyarat bahawa rakyat Malaysia terlalu lemah untuk mendengar pendapat antara satu sama lain.

"Kebebasan berucap bukan memberikan pihak berkuasa kuasa untuk (menghukum). Ini adalah mengenai membantah orang-orang yang kita tidak setuju, dengan percaya rakyat akan melihat yang benar dan salah," kata Khairul dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu kenyataan malam tadi,  SKMM menggesa rakyat Malaysia melaporkan kandungan media sosial yang mengandungi kandungan menyinggung yang melibatkan kaum, agama dan raja "3R" - kepada SKMM melalui WhatsApp (016 220 6262) atau [email protected].

SKMM juga mengingatkan orang ramai agar mengambil sikap sederhana ketika mengulas mengenai isu sensitif demi memelihara keharmonian kaum.  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS