Polis akan terus menyoal siasat pendakwah Zakir Naik di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari Isnin ini, berhubung kenyataannya mengenai warga Malaysia yang beragama Hindu dan berketurunan Cina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata pihak polis telah menyoal siasat Zakir dari jam 3.30 petang semalam dan berhenti pada jam 7 malam ketika pendakwah meminta penangguhan supaya beliau dapat berbuka puasa.
Zakir mendapat kritikan meluas kerana berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung tuduhannya di India. Dia juga telah membuat beberapa petikan mengenai rakyat Malaysia Cina, memanggil mereka sebagai "tetamu".
ketika mengulas pertuduhannya di India, pendakwah terkenal itu berkata rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Zakir juga telah membuat beberapa kenyataan mengenai orang Cina Malaysia memanggilnya sebagai "tetamu lama" .
Zakir mendakwa kedua-dua kenyataannya itu telah dipetik secara salah.
Sementar aitu, polis juga akan mengambil keterangan daripada taikun pengasas Gamuda Bhd Khoo Yew Yin mengenai kritikannya terhadap annggota tentera.
Koon telah mengkritik tentera, berkata ramai anggota pasukan itu hanya "makan dan tidur." Bagaimanapun sejak itu, taikun itu telah pun meminta maaf atas kenyataannya.
Selain pendakwah dan pengasas Gamuda, Huzir memaklumkan polis juga sedang menyiasat Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).
Ini selepas laporan polis dibuat terhadap dakwaan Dong Zong bahawa pengenalan Jawi di sekolah vernakular merupakan satu bentuk Islamisasi.
Kata Huzir, Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim akan disoal siasat tidak lama lagi.
Zakir dan Dong Zong disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara Koon pula disiasat di bawah Seksyen 505(C) akta sama kerana cuba mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.
Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Koon turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salah guna kemudahan rangkaian yang boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.