Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tidak kurang 13 menteri PH tandatangan ikrar tutup Lynas pada 2012
Diterbitkan:  Aug 16, 2019 12:45 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Sekurang-kurangnya 13 anggota kabinet Pakatan Harapan (PH) menandatangan ikrar untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas ketika mereka sebahagian daripada gabungan pembangkang pada tahun 2012.

Tandatangan mereka diturukan ketika kempen 'Harapan untuk Malaysia' pada tahun 2012 yang disokong oleh gabungan Pakatan Rakyat yang kini sudah terkubur.

13 menteri itu adalah:

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Amanah, ketika itu timbalan presiden PAS)

Menteri Kewangan Lim Guan Eng (DAP)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali (PKR)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution (PKR)

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (DAP)

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad (Amanah, ketika itu bersama PAS)

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran (DAP)

Menteri Industri Utama Teresa Kok (DAP)

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad (Amanah, ketika itu bersama PAS)

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (DAP)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub (Amanah, ketika itu bersama PAS)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (PKR)

Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa (Amanah, ketika itu bersama PAS)

Tiga lagi pemimpin utama parti-parti komponen Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang juga menandatangan ikrar tersebut.

Untuk rekod, kabinet pada 14 Ogos lalu membuat keputusan untuk meneruskan lesen kilang Lynas yang beroperasi di Gebeng, Pahang selama enam bulan lagi.

Lesen syarikat itu sepatutnya tamat tempohnya pada 2 September ini.

Keputusan melanjutkan lesen selama enam bulan lagi itu diberikan dengan syarat Lynas perlu mengemukakan rancangan pembinaan kemudahan operasi memproses sisa radioaktif, dipanggil 'cracking and leaching', di luar negara agar proses itu - yang kini dilakukan di Gebeng - dapat dikeluarkan dari Malaysia.

Bagaimanapun Lynas diberikan tempoh empat tahun untuk berbuat demikian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS