Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tindakan tegas pada pemandu teksi, e-kelui, bas persendirian gagal carum Perkeso
Diterbitkan:  Aug 15, 2019 6:28 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi, e-kelui (hailing) dan bas yang belum melakukan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Pengurus Besar Cawangan Faedah Ibu Pejabat Perkeso Ismail Abi Hashim dipetik Bernama berkata tindakan itu bagi menjamin kebajikan kumpulan pekerja tersebut.

Katanya, ini termasuklah kepada anggota keluarga, jika berlaku kejadian tidak diingini semasa bekerja.

"Kita telah banyak melaksanakan kempen kesedaran kepada kumpulan ini sejak Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa pada 1 Jun 2017 dan dianggarkan terdapat 270,000 orang pemandu e-hailing serta 41,000 orang pemandu teksi.

"Manakala jumlah pemandu bas persendirian di negara ini ialah 40,000," katanya hari ini.

Menurut Ismail lagi, Perkeso akan melakukan pemantauan terhadap pemandu terlibat dari masa ke semasa sebelum tindakan diambil terhadap mereka yang masih tidak mencarum.

"Pemandu yang masih tidak mencarum boleh dikenakan kompaun sehingga RM5,000 namun jika mereka datang dengan rela hati ke pejabat Perkeso untuk berbuat mencarum, tiada sebarang tindakan kompaun dikenakan," katanya, lapor Bernama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS