Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jerebu: Miri tahap bahaya, Klang tahap tak sihat
Diterbitkan:  Aug 10, 2019 3:00 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Keadaan jerebu yang melanda negara awal bulan ini kini semakin teruk dengan kualiti udara di Miri, Sarawak mencapai tahap berbahaya sementara di Klang, Selangor mencapai tahap tidak sihat.

Daripada tiga stesen pemantauan udara di Miri, dua menunjukkan bacaan kualiti udara yang teruk setakat jam 1 tengah hari tadi.

Stesen di Institut Latihan Industri Miri merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) 391, iaitu berbahaya manakala satu lagi stesen di SK Kuala Baram 2 mencatatkan IPU 134, iaitu tidak sihat.

Bacaan itu diperoleh berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mempunyai 68 stesen pemantauan di seluruh negara.

Berdasarkan JAS, bacaan melebihi 300 sehingga 400 dianggap berbahaya, 201 hingga 300 sebagai sangat sihat, 101 ke 200 sebagai tidak sihat, 51 ke 100 sebagai sederhana, manakala bacaan bawah 50 dianggap baik.

Sementara itu, IPU yang mencapai angka 401 ke 500 pula dianggap sangat berbahaya, manakala bacaan melebihi 501 mencapai tahap kecemasan.

Di Klang, JAS merekodkan kualiti udara yang tidak baik, dengan stesen di Johan Setia merekodkan IPU 115 (tidak sihat), manakala di kawasan lain sekitar Lembah Klang mempunyai kualiti udara sederhana - tiada kawasan berada pada tahap ‘baik’ .

Jerebu ini disebabkan pembakaran hutan di Indonesia, susulan pembakaran bagi tujuan pembersihan tanah oleh petani yang menyebabkan penghasilan asap yang banyak ke udara.

Presiden Indonesia Joko Widodo menyifatkan situasi jerebu itu sebagai sesuatu yang memalukan buat Indonesia dan berikrar untuk menangani masalah tersebut.

"Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mahu ke Malaysia dan Singapura.

“Tapi, saya tahu minggu kemarin (minggu lepas) sudah jadi ‘headline’ (tajuk berita), jerebu masuk lagi ke negara tetangga kita,” kata Jokowi seperti dipetik media Indonesia.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS