Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Marah dengan isu Jawi, Kit Siang diejek di Iskandar Puteri
Diterbitkan:  Aug 10, 2019 12:33 AM
Dikemaskini: 4:33 PM

Isu tulisan khat Jawi terus menghantui DAP apabila pemimpin veterannya, Lim Kit Siang menerima layanan agak kasar pada acara perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) di Iskandar Puteri di Johor.

Menurut penganjur acara itu, Lim menerima gangguan dan ejekan dari orang ramai yang terdiri daripada beberapa ratus orang.

Ng Siam Luang, wakil khas parlimen kepada Lim Kit Siang berkata anggota parlimen DAP itu dalam ucapannya mengambil peluang untuk menjelaskan isu khat Jawi kepada mereka yang hadir.

Berdasarkan klip video kejadian itu, penjelasan tersebut tidak diterima baik apabila antara mereka yang hadir berteriak "Kamu masih mahu berbohong" dan lain-lain ungkapan seumpama itu.

"Mereka juga tanya mengapa kelayakan UEC tidak diiktiraf?" katanya.

Ng berkata Lim tampil membuat kejutan di saat-saat akhir.

Ditanya sama ada Lim diejek, beliau menjawab "Kamu tahu, festival ini sentiasa menjadi sedikit 'huru-hara'. Sesetengah mereka mengambil alkohol. Ada orang menjerit dan saya rasa ada yang mengambil peluang memanaskan isu ini."

Penganjur yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata "orang tempatan tidak berpuas hati mengenai isu cadangan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia untuk murid tahun 4 di sekolah-sekolah jenis kebangsaan

"Mood di bawah marah terhadap isu ini dan terdapat juga beberapa orang MCA di situ," katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tiada kejadian tidak diingini dan Lim tidak meninggalkan majlis disebabkan perkara itu.

"Beliau selesaikan ucapannya dan beredar kerana beliauada majlis lain untuk dihadiri, itu sahaja," kata pihak penganjur yang berasa sedih atas kejadian tersebut.

Ng berkata Lim akan mengadakan sidang akhbar di Iskandar Puteri pada pegi esok.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS