Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa pengunaan dadah di negara ini kini pada tahap kritikal dan polis sedang memperhebatkan usaha untuk membendungnya.

"Kita menerima fakta bahawa penyalahgunaan dadah di negara berada tahap kritikal.

"Kalau kita tidak mengatasi ini sekarang, ia akan menjadi setaraf dengan Colombia," kata beliau kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamid berkata dalam masa dua bulan, Jabatan Narkotik Polis telah melipatgankan usaha mereka memerangi dadah, perjudian dan kegiatan haram lain.

Katanya, mereka telah melakukan banyak serbuan yang berhasil, termasuk ke atas anggota sendiri.

"Sejak Januari, kita menahan tidak kurang 30 anggota kami sendiri yang menagih metamfetamina. Angka ini agak menakutkan.

"Polis sendiri khayal menagih metamfetamina," kata beliau.

Hamid berkata pihak polis juga telah memperhebatkan serbuan dan operasi dadah di Langkawi dan mereka juga bekerjasama dengan rakan-rakan di negara-negara jiran untuk membincangkan cara untuk menangani penyeludupan dadah antara negara.

Bagaimanapun, di Malaysia, Hamid berkata polis memerlukan pendekatan holistik dalam menangani isu itu kerana sekadar serbuan tidak memadai.

"Polis penat dan kami tidak boleh asyik buat serbuan sahaja. Kita perlukan pendekatan holistik. Sekiranya tidak, is cuma 'ding-dong' ( tidak dapat diselesaikan).

"Adakah sekadar serbuan sudah memadai? Harap-harap kerajaan memberi sesuatu 'lebih tajam' kepada kami untuk menangani isu itu," katanya.

Walaupun, tidak memperjelaskannya, adalah dipercayai Hamid merujuk kepada undang-undang yang lebih tegas.

"Saya percaya ada banyak lagi (sarang dadah) dan kami akan bekerja keras untuk menaganinya. Kita perlu memustuskan bekalannya daripada diedar ke pasaran.

"Kalau kita tidak bertindak sekarang, negara kita akan hancur," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS