Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Surat bocor dedah pembantu menteri terima hadiah jam mahal

Sepucuk surat yang bocor menunjukkan setiausaha politik menteri pertanian Salahuddin Ayub mengaku menerima hadiah seutas jam tangan mewah.

Ini bertentangan dengan kenyataan menteri undang-undang Liew Vui Keong di Dewan Negara semalam bahawa SPRM melepaskan individu itu selepas mendapati jam itu dibeli sendiri.

Dalam surat kepada Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Abu Kassim Mohamed yang dilihat Malaysiakini, Ahmad Sabki Yusof mengaku jam tangan itu sebagai pemberian.

Sumber kementerian mengesahkan surat bertarikh 2 Mei itu sebagai asli.

Dalam surat itu, Sabki mendakwa unit integriti kementerian tidak adil kepadanya selepas dia mengisyhtiharkan menerima jam itu pada 25 Julai 2018.

Katanya, akibatnya dia dituduh terlibat dalam rasuah.

“Hakikatnya bahawa saya dari awal lagi membuat pengishtiharan atas pemberian jam tangan tersebut membuktikan kesediaan saya untuk menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pihak yang berkenaan berpandukan peraturan yang terpakai,” tulis Sabki.

Sabki juga mendakwa unit itu gagal memaklumkan kepada nilai jam itu dan membuat jangkakan terlalu besar sehingga RM28,000.

Sedangkan, katanya, SPRM memaklumkan padanya nilai jam itu lebih rendah. Malaysiakini difahamkan jam itu bernilai sekitar RM15,000.

SPRM meham Sabki pada 1 April lalu tetapi dibebaskan empat hari kemudian.

Malaysiakini sudah menghubungi Liew dan SPRM bagi mendapatkan maklum balas mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS