Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lokman Adam mengadap Bukit Aman
Diterbitkan:  Jul 26, 2019 1:13 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam hadir ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk direkod keterangan.

Ia susulan tindakannya menuduh Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menipu berkenaan siasatan kes penyebaran video seks sejenis yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali.

Lokman ketika ditemui pemberita berkata mempertahankannya kenyataannya bahawa Hamid tidak bercakap benar berkaitan dapatan forensik oleh syarikat CyberSecurity, lapor Sinar Harian.

"Berlaku penyembunyian hasil dapatan contoh DNA daripada tilam tersebut.

“Banyak benda boleh diekstrak sebagai asid deoksiribonukleik (DNA) seperti peluh, kuku dan bulu roma," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 18 Julai lalu, Hamid berkata kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi, namun wajah pelakunya tidak dalam dicam.

Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku terlibat dalam aksi asmara sejenis itu tetapi Azmin menafikannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS