Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wah hebatnya kamu, kata Mokhtar pada Wan Ji
Diterbitkan:  Jul 22, 2019 9:47 PM
Dikemaskini: 1:47 PM

Salah seorang anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat mendakwa Wan Ji Wan Hussin tidak layak menjadi pejuang bagi mana-mana aliran.

Menganggap Wan Ji sebagai "budak manja", Mokhtar Senik menambah pendakwah bebas terbabit bagaikan "murai tercabut ekor" walaupun baru dua hari ditahan dalam penjara.

"Wan Ji budak manja. Tak layak jadi pejuang untuk apa-apa aliran perjuangan pun.

"Baru dua hari duduk dalam penjara, dah macam murai tercabut ekor.

"Puk-pek sana, puk-pek sini pasal makanan dalam penjara tak best, minum tak sedap dan macam-macam lagi," katanya melalui hantaran di media sosial.

Wan Ji ialah bekas anggota PAS yang kini lantang serta tekal mengkritik parti itu, terutama mengaitkannya dengan fahaman Khawarij.

Khawarij merujuk kepada kumpulan orang yang beraliran keras dan berpegang kepada fahaman takfiri (mengkafirkan orang) terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Baru-baru ini Wan Ji ditahan dipenjara selepas hakim mengekalkan sabitan kes hasutan ke atasnya. Dia kemudian dibebaskan selepas permohonan peguamnya untuk mengagguhkan hukuman tersebut - bagi membolehkan proses rayuan dibuat - diterima.


Baca Mokhtar Senik: Nik Zawawi ini level menteri


Dalam siri temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Wan Ji menceritakan bagaimana dia ditumbuk semasa dalam penjara, selain mengulas beberapa kesukaran dialaminya ketika itu.

Wan Ji ditahan di Penjara Kajang.

Menurut Mokhtar, jika Wan Ji mahu menikmati makanan yang sedap-sedap, dia wajar bercuti ke Dubai.

"Duk (duduk) dalam penjara, buat la cara dalam penjara.

"Takkan nak hidang kerapu tiga rasa dan siakap sweet sour pulak, teh tarik dan Milo ais tongkat ali.

"Wah, banyak hebat kamu," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS