Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP nafi dakwaan pembantu Anwar tidak diberi makan 24 jam
Diterbitkan:  Jul 18, 2019 1:10 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan PKR Perak bahawa pembantu politik Anwar Ibrahim tidak diberikan sebarang makanan selama hampir 24 jam selepas dia ditahan berhubung video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

“Itu semua dakwaan yang tak betul la,” katanya kepada wartawan selepas sebuah majlis di Kuala Lumpur, hari ini.

PKR Perak dalam satu kenyataannya mendakwa perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Sambil melahirkan rasa terkejut dengan penangkapan pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, PKR Perak juga menggesa polis bertindak tanpa prejudis dalam perkara itu.

"Kami berharap pihak polis bertindak tanpa prejudis dan tanpa ‘selective investigation or prosecution’ serta telus dalam menyiasat kes berprofil tinggi seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Farhash, yang juga adalah pembantu Anwar ditangkap berhubung peredaran video seks, yang menurut Azmin adalah satu cubaan jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

PKR Perak berkata rakyat menuntut penjelasan dan kesahihan tentang pelaku dan ketulenan video seks berkenaan dan persoalan tersebut masih belum disahkan oleh pihak polis.

"Rakyat seluruhnya menuntut penjelasan tentang kesahihan video tersebut," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS