Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kembara Mahkota Johor: Sultan Ibrahim mahu temui rakyat
Diterbitkan:  Jul 17, 2019 12:03 PM
Dikemaskini: 4:03 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' pada jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 mulai Sabtu hingga Ahad ini

Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah bersedia untuk menjayakan jelajah KMJ 2019 selain memastikan keadaan motosikal juga dalam keadaan baik.

“Orang ramai jangan kecil hati jika tidak dapat berswafoto (selfie) bersama saya di setiap lokasi persinggahan ini kemungkinan disebabkan pergerakan awal bagi meneruskan perjalanan ke lokasi lain,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bahru hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah jarak perjalanan hampir 700 kilometer pada jelajah kali ini bukan menjadi halangan kepada baginda untuk menemui rakyat serta mendengar keluhan mereka.

Baginda bertitah, walaupun cuaca hujan atau panas, perjalanan akan tetap diteruskan merentasi 10 daerah di negeri ini.

"Saya tidak sabar untuk menemui rakyat dan jika mereka ada apa-apa keluhan untuk disampaikan…, saya sedia mendengar.

“Jika mereka ingin menyampaikan keluhan masing-masing menerusi surat, boleh serahkan surat berkenaan kepada pegawai atau juruiring saya,” titah Sultan Ibrahim.

Titah Sultan Johor kepada RPO yang merupakan pejabat media dan komunikasi keluarga Diraja Johor berkenaan kemudian dimuatnaik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS